Tuesday, 26 April 2011

Pelan bangunan

Pelan bangunan yang dirangka untuk projek MTSC ini.  Marilah sama-sama kita realisasikan impian kita bersama untuk melahirkan pelajar yang bukan saja bijak dalam bidang sains tapi juga pada masa yang sama Al Quran akan menjaga keperibadiannya.  Untuk itu adalah diharapkan tuan/puan untuk membantu merealisasikan impian bersama ini dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perniagaan SCORE A. Melalui kejayaan dalam perniagaan SCORE A, sudilah kiranya tuan/puan menguntukkan RM1000.00 sebulan untuk menampung  perbelanjaan sekolah ini nanti.   Hubungi kami untuk maklumat lanjut.  Kami akan terangkan kaedah yang mudah . Ramai yang telah berjaya dalam SCORE A.  Alangkah indahnya kejayaan ini kita infakkan untuk saham akhirat setidak-tidaknya 10% daripada pendapatan yang kita berperolehi melalui perniagaan SCORE A.  Untuk renungan........
Maka sesuatu apa pun yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal. (Shura : 36)

Patuhilah seruan Tuhanmu sebelum datang dari Allah suatu hari yang  tidak dapat ditolak kedatangannya.  Kamu tidak memperoleh tempat berlindung pada hari itu dan tidak (pula) dapat mengingkari (dosa-dosamu) (Shura : 47)

Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan kamu) dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah @ menderma ) dan dia menyuuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil & kedekut) sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya dan kelebihan kurniaNya (Al Baqarah : 268)

Monday, 25 April 2011

Dari Meja Lembaga Pengarah


Assalamualaikum,
Sahabat2 Nabi s.a.w berlumba-lumba utk menginfaqkan harta-harta mereka demi utk membangunkan Islam spt Syaidina Abdul Rahman b. Auf dan Usman b. Affan. 
Maahad Tahfiz Sains Changlon (MTSC)
Kubang Pasu tidak akan mampu terbina dan beroperasi dengan sempurna sekiranya
tidak mendpt sumbangan daripada usahawan2 Islam yang berjaya dan mempunyai pemikiran spt Abd Rahman b. Auf dan
Usman b. Affan.  Marilah bersama-sama kita merebut peluang utk menjadi jutawan
Score A agar kita mampu menginfaqkan sebahagian harta kita spt sahabat-sahabat Nabi s.a.w agar impian utk melihat lahirnya generasi yg mahir di dalam Sains yang
bertunjangkan Al Quran akan tercapai.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Terputus segala amalan anak Adam apabila ia mati melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.”

Oleh itu jalan terbaik yang perlu kita rebut ialah melalui perniagaan SCORE A demi utk merealisasikan IMPIAN LAHIRNYA MTSC.

PROGRAM ULUL ALBAB MTSC


Program Ulul Albab merupakan satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran. Program pendidikan Maahad Tahfiz Sains Changlun, Kubang Pasu  ini akan melahirkan ahli professional, teknokrat, usahawan dan mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Program hasil cetusan idea kumpulan SCORE A ini timbul dalam usaha menginfak pendapatan yang diterima melalui kejayaan SOORE A sekaligus berkongsi untuk memberi inovasi dalam menerajui sistem pendidikan Negara. Sehubungan dengan itu, MTSC Kubang Pasu dicadangkan untuk menjadi matlamat peserta score A untuk menjalankan perniagaan ini secara serius bagi menghimpun pendapatan bersama untuk penubuhan generasi Ulul Albab yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, bangsa dan Negara. Bagi merealisasikan program Ulul Albab ini landasan SCORE A dikira paling sesuai kerana kos menyertai perniagaan ini sangat rendah tetapi membolehkan ahli manjana pendapatan yang tiada had. Hasrat yang murni ini memerlukan komitmen, kefahaman dan penghayatan yang tinggi daripada seluruh warga kerja kumpulan SCORE A kami. 

1.0 OBJEKTIF MTSC
1. Melahirkan generasi Al-Quran yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia. Berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat 
    berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
2. Melahirkan pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan Sains dan Tahfiz Al-Quran yang dapat memenuhi syarat untuk mengikuti  
    pengajian dalam bidang professional dan teknikal di mana-mana university yang tersohor di seluruh dunia.
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menghafaz Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh 3 tahun pengajian di MTSC dan membina
    budaya Saintifik Al-Quran dengan pendekatan ICT sebagai pengupaya.

Tapak yang dipilih

Tapak telahpun dipilih kerana mendapat sumbangan dari seorang hamba Allah yang telah kembali ke rahmatullah namun niatnya utk mengimfak tanahnya bagi penubuhan sekolah ini kami akan teruskan untuk mencari dana pendapatan   melalui keseriusan perniagaan  SCORE A yang bermodal kecil tetapi mampu menjana pendapatan yang tinggi asalkan MAHU MESTI MAMPU. Kami yakin kekayaan yangg diperolehi melalui SCORE A boleh realisasikan impian ini.  Kos penubuhan awal dijangka RM3 juta.  Pada peringkat awal sumbangan semua sangatlah dihargai.  Sekiranya ada individu yang sanggup menyumbang secara tetap RM1,000.00 sebulan kami yakin dalam tempoh 8 bulan, bangunan ini akan mula didirikan.  Oleh itu marilah sama-sama kita lakukan perniagaan SCORE A dengan serius supaya 10% daripada pendapatan yang kita jana melalui perniagaan SCORE A dapat kita infak ke akhirat disamping berjaya melahirkan wajah-wajah pelajar yang bukan saja berilmu dalam bidang sains tapi juga mempunyai kerohanian Islam yang tinggi.  Sama-samalah kita berdoa.



Penubuhan MTSC

Kelahiran blog ini adalah untuk memberi informasi berkaitan Maahad Tahfiz Sains Changlun yang bakal dibina demi memenuhi pendidikan Sains berasaskan Islam